Sejarah

SJK Chung Hua Siburan sebenarnya bernama Simanggang Road Chung Hua School. Hanya pada tahun 1965, selepas Kampung Siburan dibina, ia dinamakan SJK Chung Hua Siburan.
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1946 selepas Perang Dunia Kedua. Tempat asal sekolah ini adalah terletak diantara Bee Kong (BB Bakong) dan tempat ibadah Cina, iaitu tempat Budha.
Demi perkembangan dan pendidikan bahasa Cina, maka pada tahun 1948, Lembaga Sekolah mulai menjalankan kempen untuk mengutip wang tabung demi membeli sebidang tanah untuk pembinaan tapak sekolah buat selama-lamanya.
Melalui kempen tersebut, dan dari kerjasama yang rapat diantara ahli-ahli lembaga sekolah, maka pihak lembaga sekolah akhirnya berjaya membeli sebidang tanah yang luasnya lima ekar dengan harganya tiga ratus ringgit sahaja. Tapak sekolah itu adalah tapak sekolah yang pada masa kini.
Dengan usaha dan kejayaan tersebut, maka pada tahun 1949, sekolah yang bumbungnya beratap dan dindingnya berpapan mulai dibina.
Pada tahun 1952, oleh kerana pertambahan murid, maka pihak Lembaga Sekolah telahpun membina sebuah dewan sekolah, 5 buah bilik darjah, dan sebuah asrama guru yang mempunyai 4 buah bilik. Pada tahun 1953, pihak Lembaga Sekolah telahpun membina 2 buah bilik darjah yang berbumbung atap.
Oleh kerana pertambahan penduduk setempat semakin ketara, bilangan murid mulai bertambah dari 200 orang ke 700 orang jumlahnya. Sebuah blok berbentuk L yang mempunyai 10 buah bilik darjah dibina untuk menampung murid pada tahun 1954.
Seterusnya pada tahun 1957, pihak Lembaga Sekolah mendirikan sebuah bangunan yang bertingkat dua yang mempunyai bilik darjah dan bilik pentadbiran sekolah.
Pada hujung tahun 50 ke 60-an, Batukong merupakan sebuah kampung yang padat, dipergiatkan dengan menanam lada, tetapi ia agak jauh dari pecan Siburan iaitu 3 atau 4 batu dari pecan Siburan. Oleh yang demikian, pihak Lembaga Sekolah mendirikan sebuah sekolah cawangan di kawasan Batukong pada tahun 1959 untuk kesenangan murid-murid setempat.
Sepanjang tempoh puluhan tahun, pihak Lembaga Sekolah telah memperluaskan dan menambah baik bangunan sekolah. Sebuah klinik pergigian dan sebuah jejantas telah dibina demi kebaikan anak-anak murid sekolah.
Satu jawatankuasa yang diketuai oleh Encik Liew Thian Liong telah ditubuhkan untuk pembinaan Bangunan Baru SJK Chung Hua Siburan. Bangunan baru ini terdiri daaripada 32 buah bilik darjah, sebuah bilik guru besar bilik guru, bilik pusat sumber, perpustakaan, bilik computer dan bilik mesyuarat.
Akhir kata, kemajuan dan kemakmuran sekolah berkaitan dengan perjuangan ahli-ahli Lembaga Sekolah serta sokongan-sokongan dari pihak awam tempatan. Atas pejuang-pejuang tersebut lahirlah sebuah sekolah yang bernama SJK Chung Hua Siburan pada masa kini.